Sumber: Mstar Oleh: Aimi Nordin
Kuih raya dipanggil kuih raya kerana ia hanya ada ketika raya sahaja dan setiap orang mesti ada kuih raya kegemaran mereka yang kalau boleh nak berkepit je dengan balang kuih tu.
Pelakon Remy Ishak pula ada 3 jenis kuih raya yang dia gilakan hingga boleh habis licin tanpa sedar iaitu tat nanas, Almond London dan semperit kerana hanya itu kuih raya yang mampu membuka seleranya setiap kali Aidilfitri.
“Kalau sesiapa tahu saya nak datang beraya, pesan saya tolong sorok ketiga-tiga kuih ini kerana saya akan makan dengan kuantiti yang banyak tanpa sedar dalam waktu yang singkat sahaja.
“Pernah waktu kecil dulu sambil menonton televisyen saya habiskan kuih-kuih ini membuatkan saya dibebel oleh emak.
"Bila ingatkan semula kenangan tu, saya boleh tersenyum sendiri,” katanya kepada mStar Online.
Remy Ishak akan pulang beraya di kampung halamannya di Masjid Tanah, Melaka dan bercuti selama seminggu.
“Lazimnya itulah rutin bila tiba Hari Raya selagi masih berstatus solo ni. Kami sekeluarga akan berkumpul dan sama-sama menyiapkan juadah seperti rendang ayam, lontong, nasi himpit dan lemang.
“Mengikut pengalaman raya sudah-sudah, tetamu yang bertandang memang ramai dan di situlah makna 'open house' yang sebenar pada saya tanpa perlu mengadakan satu hari khas untuk tujuan itu,” katanya.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm