Oleh Feyra Nasrom
Apakah pandangan orang korea mengenai artis rap Malaysia kita iaitu SonaOne, Joe Flizzow dan Dato’ AC Mizal? Nak tau apa komen dorang? Jom usha video ni.
1. SonaOne

Ternyata lagu yang dinyanyikan oleh SonaOne berjaya memberi kesan yang positif kepada jejaka Korea ini. Mereka terhibur dengan genre muzik yang dikatakan begitu sempoi dan tidak terlalu berat untuk pendengar memahami lirik dan melodi lagu tersebut. Menurut mereka, lagu No More membuatkan mereka ingin turut menyanyi sekali walhal mereka bukanlah penggemar muzik bergenre rap. Gaya persembahan sederhana dan penyampaian rap yang bersahaja berjaya membuatkan mereka terhibur dengan lagu tersebut.
2. Joe Flizzow

Berbeza pula dengan lagu ‘Baek” oleh Joe Flizzow yang dikatakan lebih serius dan lebih menekankan bait bait rap dalam lagu tersebut. Gaya dan penampilan Joe Flizzow dalam muzik video Baek juga dikatakan serupa dengan salah seorang artis rapper terkenal di Negara mereka iaitu, Dok2. Bukan itu sahaja, mereka tertarik dengan gaya Joe yang santai dan ada gayanya tersendiri sebagai seorang rapper.
3. Dato AC Mizal

Menerusi lagu Paranoid oleh Dato AC Mizal dikatakan menggunakan konsep rap ala-ala barat dan mempunyai kelainan dibandingkan dengan lagu No More dan Baek. Mereka beranggapan genre muzik yang digunakan diinspirasikan daripada muzik barat dan Korea. Penampilan Dato AC Mizal dalam muzik video juga dikatakan kelihatan persis artis Korea yang juga merupakan bintang Hip Hop terkenal iaitu Taeyang daripada kumpulan BigBang. Menurut pandangan mereka, Luna Maya dijadikan sebagai tarikan untuk tidak membuatkan pendengar berasa bosan mendengar lagu tersebut.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm