Jom Sertai Pencarian “Bintang Bliss®” Pertama – Transformasi Diriku
Projek Bliss® Transformasi Diriku, sebuah siri realiti diterbitkan oleh Astro Radio dengan kerjasama NESTLÉ® BLISS® dan bakal disiarkan di portal digital Astro Gempak pada bulan Mei 2016, berkonsepkan Transformasi Diriku bertujuan mencetus perubahan daripada sudut cara rakyat Malaysia menjaga kesejahteraan diri mereka dengan memelihara kesihatan sistem penghadaman yang baik.
Projek Bliss® Transformasi Diriku diinspirasikan oleh personaliti popular YouTube Malaysia, Daiyan Trisha yang telah menampilkan wajahnya yang sebenar dengan menanggalkan solekan di hadapan kamera dalam sebuah pengakuan berbentuk video log yang dirakam secara kandid. Mesej Daiyan menekankan tentang kecantikan bermula dari dalam.
Video log tersebut menjadi viral dan mencetuskan pelbagai reaksi hingga menarik minat pelakon, model dan pengacara TV tempatan, Siti Saleha untuk bekerjasama dengan NESTLÉ® BLISS® dalam melahirkan konsep bagi sebuah program yang berhasrat untuk mencetuskan transformasi bermula dengan kesihatan dalaman.
Uji bakat akan diadakan untuk mengenal pasti lapan orang finalis yang bakal menyertai Projek Bliss® Transformasi Diriku. Dalam kelapan-lapan episod web tersebut, para peserta akan beroleh pengetahuan dan tip-tip berguna tentang dandanan, kecergasan dan pemakanan daripada mentor- mentor mereka. Mereka juga akan diberi cabaran mengejut dan melepasi beberapa siri eliminasi di mana akhirnya, seorang pemenang akan dinobatkan sebagai BINTANG BLISS® pertama
Para peserta akan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM77,000, termasuk hadiah utama berupa percutian untuk 2 orang ke Paris, dan gelaran BINTANG BLISS®.
Borang penyertaan boleh dihantar secara pos, online atau semasa pameran bergerak (roadshow) Projek Bliss® Transformasi Diriku yang akan diadakan di seluruh negara. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 Mac 2016.
Maklumat lanjut mengenai Projek Bliss® Transformasi Diriku boleh didapati di http://projekbliss.com.my/