Konsert Ella 2016
Setelah hampir 10 tahun tanpa konsert berskala besar, Ratu Rock Negara Ella akan kembali menemui peminat-peminatnya di Stadium Malawati, Shah Alam pada 16 April 2016, Sabtu jam 8.30 malam. Atas dasar keprihatinan Ella terhadap gejala dadah yang semakin berleluasa, RM 2 dari setiap penjualan tiket akan disalurkan ke Tabung PEMADAM Selangor agar lebih banyak program-program anti dadah dapat dijalankan pada masa hadapan. Konsert yang bertemakan anti dadah ini akan menyaksikan kelainan dimana semua penonton-penonton yang bakal hadir akan diminta untuk mengenakan pakaian bewarna putih kerana putih melambangkan kesucian umpama kelahiran semula bekas-bekas penagih dadah.
Ella telah berada di persada muzik negara dan antarabangsa hampir 30 tahun dan masih sebagai pemegang rekod untuk jualan album terlaris artis wanita Malaysia. Keunikan dan aura yang dimiliki Ella mampu menarik perhatian peminat-peminatnya bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Singapura, Indonesia dan Brunei tak kira agama, bangsa dan umur. Untuk Konsert Ella 2016, Ella akan menyampaikan lagu-lagu hitsnya dari era 80-an sehingga hari ini. Antara lagu-lagu tersebut adalah Dua Insan Bercinta, Baldu Biru, Kesal, Istimewah dan lain-lain. Selaku penyanyi rasmi lagu tema Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, Ella pastinya akan membawakan lagu Standing In The Eyes Of The World untuk yang hadir pada malam itu. Ella juga akan diiringi oleh persembahan visual yang unik dan vaganza yang pasti memukau para penonton. Persembahan visual menarik ini menjadikan Ella artis antara pertama di Malaysia bersama idea hebat ini.
Nak menang pas percuma menyaksikan konsert Ella? Jom jawab 2 soalan mudah kat bawah berserta slogan.
** Apple bukan penaja untuk peraduan ini.