UTAMA

 

Soalan lazim

 

» Kenapa Era suka mengulang lagu yang sama?

» Kenapa Era banyak iklan?

» Betulkah Era gila glamour?

» Bagaimana nak menghubungi penyampai ERA?

» Kenapa hadiah saya lambat sampai?

» Kenapa Infocuaca tidak tepat?

» Apakah nombor faksimili ERA untuk pilihan Pejabat/Salam Era/Pilihanmu di ERA?

» Apakah alamat surat menyurat ERA? Bagaimana untuk mendengar Era melalui » Internet?

» Saya ingin tahu bagaimana mendapatkan barangan/Perkhidmatan yang diiklankan di ERA?

» Bagaimana hendak mengiklankan sesuatu barangan?

» Bagaiman cara untuk mendapatkan barangan cenderahati ERA?

» Bagaimana ingin menjadi penyampai ERA?

» Mengapa lagu-lagu Dangdut/ heavy metal tidak diputarkan di Era?

» Dimanakah dapat kami mengetahui senarai lagu-lagu dalam carta Lagu Era?

» Bolehkah saya melawat studio Era?

» Adakah anda menyediakan jadual lawatan ke Studio?

» Bilakah Era bermula? Apakah lagu pertama yang dimainkan?

 

Kenapa Era suka mengulang lagu yang sama? [ atas ]
Kami di ERA sedar bahawa pendengar kami yang berjumlah lebih dari 4 juta tidak dapat mendengar radio sepanjang masa dan sesuka hati. Misalnya mereka yang bekerja atau menjadi pelajar tidak dapat mendengar ERA sewaktu di pejabat (kalau boleh tu baguslah) atau sekolah/IPT. ERA pernah dituduh bahawa hanya memainkan sesebuah lagu itu hanya sekali sahaja dalam sehari dan tidak memberi peluang kepada ramai pendengar untuk mendengar lagu-lagu kegemaran mereka pada masa yang lain. Oleh itu HANYA LAGU-LAGU POPULAR SAHAJA yang dimainkan berulang kali dalam sehari. Kami juga ingin menyangkal pendapat bahawa ERA mengulangi sesebuah lagu itu sebanyak 10 kali dalam satu hari, kerana jumlah MAKSIMA sesebuah lagu itu boleh dimainkan antara 12pagi dan 6 petang ialah 5 kali (dalam masa 18 jam) dan kalau lebih dari lima kali pun, adalah disebabkan pilihan pendengar sendiri melalui PilihanMu Di ERA.

Kenapa Era banyak iklan? [ atas ]
Kami di ERA ingin memberikan hanya yang terbaik kepada pendengar kami, dan kos operasi sebuah stesen radio swasta adalah amat tinggi sekali. Tanpa hasil dari jualan ruangan iklan inilah ERA dapat memberikan yang baru kepada pendengar kami seperti laman web yang kini mempunyai kemudahan "chatroom", Skuad Perodua ERA, ERA FC, Siaran Luar ERA dan pelbagai promosi dan hadiah lumayan kepada pendengar kami. Adalah dimaklumkan bahawa ERA, seperti radio-radio lain di Malaysia, hanya menggunakan 10 minit dalam setiap jam untuk ruang iklan DAN TIDAK LEBIH DARI ITU. Sila jangan kelirukan Promosi Perkhidmatan Masyarakat atau Promosi Aktiviti ERA dengan iklan-iklan pelanggan di ERA.

 

Betulkah Era gila glamour? [ atas ]
Sebenarnya ERA tidak pernah meminta "diglamourkan" oleh pihak media cetak dan elektronik. Popularnya penyampai-penyampai kami adalah secara kebetulan sahaja. ERA tidak pernah merayu untuk penyampainya di wawancara oleh akhbar/majalah/stesen televisyen atau dijadikan model kulit majalah-majalah. Walau bagaimanapun, jika ada pihak yang meminta, bak kata pepatah Melayu, "kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan". Kami amat berbesar hati kepada pihak media yang dari dahulu lagi menyokong ERA dan para pendengar kami serta mempelawa kami untuk ditemuramah/bergambar untuk akhbar/majalah/stesen televisyen mereka. Insyallah, selagi masih ada yang meminta, kami akan cuba sedaya-upaya.

 

Bagaimana nak menghubungi penyampai ERA? [ atas ]
Kalau anda boleh baca jawapan ini anda semestinya ada access ke internet, jadi e-mel sahaja isi hati anda ke penyampai kesayangan anda tu. Alamatnya sepert ti bawah

kieran@era.fm
jimmy@era.fm
ac_mizal@era.fm
rostam@era.fm
nana@era.fm
linda@era.fm
reza@era.fm

adi@era.fm

ray@era.fm
djrizal@era.fm


Kenapa hadiah saya lambat sampai? [ atas ]
Sila kemukakan segala pertanyaan mengenai hadiah kepada Ayie di talian 03-95438888 ext 7210 atau e-mel terus ke ayie_ali@astro.com.my


Kenapa Infocuaca tidak tepat? [ atas ]
Tiada makhluk ALLAH TAALA dialam semesta ini yang boleh tahu apa yang akan berlaku dimasa akan datang. Perkara yang sama juga berlaku keatas Infocuaca yang DIRAMALKAN" oleh Jabatan Kajicuaca Malaysia. Ramalan dibuat mengikut pelbagai faktor antaranya pergerakan angin, suhu, tekanan udara dan lain-lain. Hujan di Malaysia ada pelbagai jenis antaranya kelompok, sekejap-sekejap dan lain-lain. Ungkapan paling mudah adalah KAMI HANYA MERAMAL DAN TUHAN YANG MENENTUKAN.

 

Apakah nombor faksimili ERA untuk pilihan Pejabat/Salam Era/Pilihanmu di ERA? [ atas ]
Salam ERA, Pilihan Mu Di ERA 03-95435675

 

Apakah alamat surat menyurat ERA? [ atas ]
ERA Rentak Muzik Terkini, Pusat Penyiaran Asia, Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil 57000 Kuala Lumpur, Malaysia.

 

Bagaimana untuk mendengar Era melalui Internet? [ atas ]
Anda boleh mendengar Era melalui DVR Player yang terdapat di dalam laman web Era. Lawati Laman Web Era dan klik kepada icon yang menunjukkan DVR Player. Tapi kena daftar dahulu! Kena dapatkan Login ID dan Password.

 

Saya ingin tahu bagaimana mendapatkan barangan/Perkhidmatan yang diiklankan di ERA? [ atas ]
Sila hubungi Airtime Management and Programming 03-9543 8888 dan minta sambungan bahagian Jualan atau SALES

 

Bagaimana hendak mengiklankan sesuatu barangan? [ atas ]
Sila hubungi Airtime Management and Programming 03 9543 8888 dan minta sambungan bahagian Jualan atau SALES atau Client Servicing

 

Bagaiman cara untuk mendapatkan barangan cenderahati ERA? [ atas ]
Buat masa ini cenderahati ERA sperti pelekat, buku nota atau kemeja T hanya boleh didapati melalui Skuad ERA Avanza secara percuma atau boleh dibeli di majlis-majlis tertentu kelolaan ERA seperti  Anugerah ERA, Siaran Luar ERA.

 

Bagaimana ingin menjadi penyampai ERA? [ atas ]
Selalunya jika ada kekosongan kami akan mengiklankannya melalui laman web era.fmatau ada kalanya diumumkan ketika siaran ke udara.

 

Mengapa lagu-lagu Dangdut/ heavy [ atas ]
Tiga tahun yang lalu, sebelum ERA dilancarkan, satu kajian di seluruh Malaysia telah dikendalikan oleh sebuah syarikat persendirian yang bertauliah untuk mendapat tahu jenis muzik yang diinginkan oleh rakyat Malaysia berumur antara 18 - 35 tahun. Antara jenis muzik yang langsung tidak digemari adalah dangdut dan death metal/heavy metal, kerana hanya segelintir masyarakat sahaja yang meminati jenis-jenis tersebut, dan stesen-stesen lain juga sudahpun memutarkan jenis lagu-lagu tersebut. Rumusan dari syarikat yang mengendalikan kajian tersebut ialah stesen ERA diperlukan oleh pendengar untuk memutar jenis-janis lagu yang jarang diputarkan di stesen lain. Ini merupakan muzik rock dan pop kontemporari serta kontemporari tradisional dan nasyid. Walau bagaimanapun ERA masih mengendalikan kajian muzik dikalangan pendengar kami sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Jika satu hari nanti kajian muzik yang diminati pendengar ERA menunjukkan perubahan dan ramai diantara 4 juta lebih pendengar kami meminta dangdut dan heavy metal dimainkan, kami akan akur dengan hasil kajian tersebut.

 

Dimanakah dapat kami mengetahui senarai lagu-lagu dalam carta Lagu Era? [ atas ]
Carta lagu Era boleh didapati dalam laman web Era.fm. Ia di dalam segmen Muzik@Era.

 

Bolehkah saya melawat studio Era? Adakah anda menyediakan jadual lawatan ke Studio? [ atas ]
Pucuk di Cita Ulam mendatang, tapi kenalah buat temujanji dahulu. Selalunya satu bulan sebelum tarikh lawatan. Lawatan hanya akan dibenarkan pada hari sabtu disebelah pagi dan mengikut kekosongan. Bukti permohonan bukanlah bukti penerimaan. Sila susuli dengan pertanyaan menerusi talipon. Sila hantar permohonan lawatan ke LAWATAN KE AMP (ERA), Bahagian Pentadbiran, Airtime Management and Programming, Pusat Penyiaran Asia, Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil 57000 Kuala Lumpur, Malaysia. TEL: 03-9543 8888

 

Bilakah Era bermula? Apakah lagu pertama yang dimainkan? [ atas ]
Diperingkat FM ERA bermula secara rasminya pada 1hb Ogos 1998. Zainal Abidin - Hijau

 

Hantar Pautan ke dalam Penanda Buku Sosial Anda!
  • ADD TO DEL.ICIO.US
  • ADD TO DIGG
  • ADD TO FURL
  • ADD TO TECHNORATI FAVORITES
  • ADD TO REDDIT
  • ADD TO STUMBLEUPON
  • ADD TO YAHOO MYWEB

Promosi

Menarik di era