Oleh Feyra Nasrom
Barakallah buat pelawak dan penyampai radio ERA Shahrol Azizie atau nama gelarannya Shahrol Shiro yang baru sahaja sah bergelar suami kepada Anna Danisha atau nama sebenar Nor Farhanan Syamimi selapas berlangsungnya majlis akad nikah pada pukul 9 malam tadi di dewan Kampus Intan Wilayah.


Pasangan ini selamat diijab kabul dengan sempurna selepas 3 kali lafaz berserta dengan mas kahwin senaskhah Al-quran.
Majlis persandingan pihak perempuan akan dilangsungkan pada 19 Mac, sementara di sebelah lelaki akan diumumkan oleh Sharol pada bulan Julai ini.

Turut hadir rakan- rakan artis yang lain dan juga ahli keluarga kedua belah pihak memeriahkan lagi majlis pernikahan mereka pada malam ini

Kami dari ERA fm mengucapkan tahniah kepada Shahrol Shiro dan isteri, selamat menempuh alam perkahwinan dan semoga berkekalan hingga ke jannah.




