
Oleh: Aimi Nordin
Sebagai menghargai jasa dan penat lelah Dato’ Siti Nurhaliza sepanjang 20 tahun dalam industri hiburan mengharumkan nama Malaysia hingga ke luar negara, pihak ERA fm dengan kerjasama Faizal Tahir dengan berbesar hati menghadiahkan Siti Nurhaliza sebuah lagu bertajuk ‘Inspirasi’
Merupakan penyanyi pertama yang diberi anugerah Lagu Paling Banyak Dimainkan sejak penubuhan ERA fm pada tahun 1998. “Aku Cinta Padamu” adalah lagu Siti Nurhaliza yang masih dimainkan sehingga sekarang.
Lagu ‘Inspirasi’ akan diputarkan secara rasmi pada hari Selasa, 25 Ogos 2015. Siti yang pada mulanya menyangka ianya adalah sebuah puisi dari peminat terkejut apabila ia sebenarnya adalah sebuah lagu yang ditujukan khas buat dirinya yang ditulis khas oleh Faizal Tahir dan dinyanyikan oleh Hafiz Suip featuring Faizal Tahir.
“Dia (Faizal Tahir) mesej saya pukul 3 pagi tanya boleh tak dia nak terlibat sama dalam lagu ni? Saya pada mulanya suruh dia hantar demo saja dulu. Selepas kami dengar, lagu tersebut memang terkesan di hati. Faizal memang fikirkan Siti semasa buat lagu ni. Dan ianya memang sesuatu yang lahir dari hati.” jelas Nazri Noran, Pengurus Kandungan ERA fm.
Pemilihan Hafiz sebagai orang yang bertanggungjawab untuk menyanyikan lagu ini dikira tepat kerana Hafiz dan Faizal Tahir memang ingin melakukan sesuatu untuk seseorang yang mereka jadikan contoh dalam industri hiburan.
Jadi, jangan lupa untuk dengarkan lagu ini secara eksklusif hanya di ERA fm pada 25 Ogos 2015 nanti.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm