Nama dalam sijil kelahiran: Syarifah Nurdina Almashoor Binti Syed Sheikh Almashoor
Nama panggilan di rumah: Dina
Tarikh lahir: 26 September 1983
Tempat lahir: Petaling Jaya, Selangor
Zodiak: Libra
Apakah yang akan anda ucapkan sekiranya diberi peluang berucap pada perhimpunan sekolah lama anda?
Saya mencadangkan semua pelajar dan guru berkongsi tandas! Contohilah Sekolah Kebangsaan (SK) Landas, Hulu Terengganu yang telah muncul juara pertandingan tandas dan kantin terbersih daerah itu selama lima tahun berturut-turut sejak 2005!
Perkara paling nakal yang pernah anda lakukan di sekolah dulu...
Letak nota kat kereta cikgu yang berbunyi, "hai... boleh berkenalan? I suka tengok cara you mengajar."
Buku cerita/novel apakah yang MESTI remaja baca sebelum meningkat dewasa?
"Sepasang Jeans Biru" tulisan Ahadiat Akashah
Siapakah superhero yang menjadi idola anda sewaktu zaman kanak-kanak dulu?
Doraemon! D anggap dia tu superhero ok!
Sekiranya anda tidak bekerja di konti radio, apakah pekerjaan lain yang mungkin anda lakukan?
Tukang cat jalan? Hehehe... Tak lah! Rasanya jadi kaunselor


